alhamdulillah, ana panjtkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada ana untuk berkongsi sedikit sebnyak apa yang ana dapat selama tempoh ana berdiam...
ana bukanlah sesiapa, juga bukannya ada apa-apa, tapi cuba untuk memberi apa yang ada. untuk yang pertamanya, ana cuma nak kongsi, semester ni adlh semestr akhir untuk ana. dan minggu depan ana akan memasuki fatrah imtihan. al-Quran yang ditanggung bukanlah sebarangan tanggungjawab, tetapi lebih kepada amanah untuk menjaganya. ana cuba untuk perbaiki diri, seiring akhlak al-Quran. ana cuba untuk menjadi seperti para sahabat.
keduanya, ada beberapa ketika lepas, ana pernh bangkitkan mengenai perkara akhlak dikalangan hamlatul quran. yang sekarang ini kian meruncing. apa peranan dan tanggungjawab mereka ini sebenarnya? besar. sangat besar. ana mohon pada sesiapa yang boleh memberi cadangan juga pendapat untk kita kongsi bersama.
ketiga, baru2 ini ana telah mengikuti satu seminar ancaman kristianisasi di malaysia anjuran kolej ana. seminar dimana ana boleh anggap ianya berjaya. menarik, bernas, penuh dengan fakta. slot pertama di sampaikan oleh Brother Kamarudian b. Adbdullah saudara baru. tetapi bukanlah baru sangat. dah hampir 20 tahun. slot ke-2 dan 3 disampaikan oleh Us. Rashidy b. Mohammad Rashid dari JAKIM.
untuk yang terakhirnya, ana cuba untuk bangkitkan banyak persoalan ummah dan bagaimana atau apakah tanggungjawab kita sebagai muslim. dan ana sendiri akan cuba praktikalkan apa yang ana dapat. insya Allah. doa mudah2an kita semua dipermudahkan segala urusan oleh Allah.
segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah itu datangnya dari diri ana sendiri walaupun hakikat kedua-duanya datang dari Allah. apa yang baik kita ambil dan apa yang buruk kita tinggalkan. sekian, wallahua'lam...
Sunday, March 29, 2009
syukur
Posted by fieq_ah.co.sdn.bhd at 9:01 PM 0 comments
Friday, January 30, 2009
muamalat
Dakwah dan Cinta
oleh : Azree Hanifiah
editor : everjihad
Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.
Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.
Lawan Vs Kawal
“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”
Over Rate Diri Sendiri
“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.Hijab dan Wanita Dakwah Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.
“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-
Posted by fieq_ah.co.sdn.bhd at 8:40 PM 0 comments
sahabat sejati
"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.
Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Posted by fieq_ah.co.sdn.bhd at 12:22 AM 0 comments
Saturday, December 27, 2008
Friday, December 26, 2008
Masya Allah...
seharian ana jalan2 dari blog ke blog, dari laman ke laman sambil membina laman blog yang baru bagi melengkapkan tugasan ulum quran untuk semester ini... apa yang menarik yang ingin ana kongsi ialah, ramai sahabat2 yang join dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). alhamdulillah... ana teruja sangat dengan apa yang ana nak kongsi sini.
kehidupan ana melalui zaman presiden Sdr. Azam.. umi dan ayah ana bergerak dengan ABIM ketika masing-masing masih lagi menuntut di Universiti Putra Malaysia yang dahulunya Universiti Pertanian Malaysia. apa yang menariknya, mereka bergerak dengan aktif sehingga sekarang. mejoriti ahli usrah mereka adalah dari zaman sebelum berkahwin sehinggalah beranak-pinak.. dah jadi macam satu keluarga dah... dari kecik sampai besar ana banyak sekali mengikuti progrm bawah ABIM. usrah remaja, tamrin, camp, sukarelawan ke aceh, sekolah pun pun ana sekolah ABIM. inilah kehidupan ana...
ayah ana bergerak sebagai ahli biasa sehingalah menjawat jawatan sebagai YDP ABIM kedah. berhenti menjadi Pegawai di Ibu pejabat MADA untuk bekerja sepenuhnya dalam bidang dakwah. ayah ana seringkali diperolok-olokkan oleh saudara2nya kerana bekerja dalam bidang yang belum tentu memberi pulangan yang lumayan di dunia. tapi ayah ana tetap dengan bidangnya. dia sering menasihati ana dan adik-adik bahawa rezeki Allah itu ada di mana saja. jangan risau.
dan ana yakin dengan itu. sepanjang tempoh ana diberi nikmat hidup, tidak pernah sekali pun kami sekeluarga lapar, tidak ada makan, tidak cukup pakai, malah lebih dari itu lagi yang kami semua dapat. syukur, Allah itu Maha Pemurah.
sehinggalah pada tahun 2008, berlaku anjakan paradigma dalam kehidupan kami sekeluarga. ayah ana diminta oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya mantan Presiden ABIM untuk bertanding dalam PRU12 baru2 ini. tentangan demi tentangan diterima oleh 'abang2nya'. akhirnya, ayah ana meminta nasihat dari Dato' Sidiq yang dahulunya juga mantan Presiden ABIM. lampu hijau diberikan kepada ayah ana.
ayah ana datang sendiri jumpa dengan ana ketika di kolej. menceritakan hasratnya untuk bertanding. ana sekadar berdiam diri. di dalam hati ana sendiri risau. ana tidak meminta ayah ana untuk bertanding. cuma banyak persoalan2 yang ana pertikaikan. sebagai anak sulung, ana tidak betah duduk sahaja. ana bertanya kenapa perlu berubah profesion? bukankah duduk dalam ABIM dah cukup baik? jawapan yang diberikan bagi ana 70% setuju. tujuan utama ialah meluaskan skop dakwah itu sendiri.
inilah realiti kehidupan yang ana tempuhi. dan ana amat merindui kehidupan semasa ayah ana bergerak sepenuhnya dengan ABIM. sekarang, alhamdulillah, 'abang2nya' dapat menerima bahwa adik mereka sekarang sudah melangkah kehadapan untuk meluaskan skop dakwahnya.
semoga Allah memelihara ayah dimana jua dia berada dan dimana jua lapangan yang dia ceburi...
wallahua'lam..
Posted by fieq_ah.co.sdn.bhd at 4:32 PM 1 comments
coretan pertama
salam ukhwah ucap pertama...
setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya hari ini ana membuka langkah pertama, juga objektif utama kenapa blog ini diwujudkan dicelah-celah jutaan blog di serata dunia. berkongsi permasalahan umat masa kini yang kian meruncing akhlaknya.
ana yakin, ana tidak keseorangan dalam memikirkan permasalahan ini. terutama sekali sahabat-sahabat yang sememangnya berada di atas landasan yang sama dengan ana. pertama, apa yang ingin ana kongsi bersama ialah masalah sahabat2 ana yang mereka ini ialah ahlul quran. entah kenapa ana rasa berat masalah ini kerana mereka ini ialah penghafaz kalam2 allah.
bukan niat untuk mengaibkan golongan mereka ini, tetapi lebih kepada mencari jalan penyelesaian..
seringkali ana terfikir kenapa mereka melakukan sedemikian rupa. apa yang mendorong mereka ini melakukan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan agama. sedangkan mereka ahlul quran.
kalau yang dah bercinta, keluar dating, keluar makan, keluar berdua-duaan, sms, bergayut telefon, saling mengungkapkan kata-kata cinta. apa yang sebenarnya mereka mahu. ada lagi yang merokok, dadah, arak.. ana sebenarnya terkejut dengan fenomena yang berlaku kini.
ana ingin bawa di sini penilaian dari mata kasar kenapa mereka berkelakuan sebegini..
di atas hamparan suci kalam Allah: "sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsyak, juga mungkar. "
semua orang yang beragama islam solat. ianya adalah satu kewajipan yang harus dilakukan. tetapi solat yang bagaimana yang boleh mengcegah kita daripada melakukan fahsyak juga mungkar itu? solat yang khusyuk. macamana beroleh solat yang khusyuk? banyak pendapat yang ana dengar yang boleh ana kongsi disini. yang pertama, menghayati makna-makna dalam solat. ianya boleh membantu kita solat dengan khusyuk. bayangkan kita bercakap dengan Allah. merayu memohon perlindungan daripada Allah. menyerah diri kepada Allah. dengan serendah-rendahnya.
kedua yang anak dengar, dengan mengingati dosa2 kita. kita menharap kepada Allah mohon diampunkan. dan yang terakhir, menangis kerana takutkan Allah... boleh mengkhusyukkan solat kita.
ana mohon pandangan sahabat2 yang lain kalau ada yang ingin menambah atau mengur setiap keslahan yang ana sendiri kadg2 tidk nampak. waallahua'lam...
Posted by fieq_ah.co.sdn.bhd at 12:45 AM 0 comments
Sunday, December 14, 2008
kehambaan
jangan mengharap sesuatu keputusan yang baik apabila hubungan kita dengan Allah masih rapuh dan renggang. kerana kita hamba yang mengharap padaNya tanpa berusaha. mengharap padaNya tanpa mengikut segala perintahNya.
dan boleh jadi apa yang kita mahukan bukan yang terbaik untuk diri kita. mungkin juga Allah mahu berikan yang lebih baik dari sekarang. segala-galanya terletak pada diri kita. yang penting hubungan kita dengan Allah dapat diperbaiki.
kita adalah hamba yang lemah. yang perlu mengharapkan pertolongan daripadaNya. justeru kenapa perlu kita sombong dengan segala perintah dan suruhanNya.
perbaiki diri. jaga hubungan dengan Allah. insya Allah, Allah akan menjaga kita selama mana mungkin kita mahukan perlindungan daripadaNya dunia juga akhirat.
Ya Allah, Kau berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat. dan jauhilah kami daripada azab api neraka. kerana sesungguhnya kami tidak dapat menentukan hala tuju kami sendiri tanpa bantuan daripadaMu Ya Allah. kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan dalam menguruskan kehidupan kami sebaik mungkin.
Ya Allah, berkuasanya Engkau menjadikan langit dan bumi, siang dan malam. hambaMu ini datang mengadu kepadaMu Ya Allah. maka ampunkanlah dosa-dosa kami...
Amin..
Posted by fieq_ah.co.sdn.bhd at 7:07 PM 0 comments





