BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 26, 2008

Masya Allah...

seharian ana jalan2 dari blog ke blog, dari laman ke laman sambil membina laman blog yang baru bagi melengkapkan tugasan ulum quran untuk semester ini... apa yang menarik yang ingin ana kongsi ialah, ramai sahabat2 yang join dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). alhamdulillah... ana teruja sangat dengan apa yang ana nak kongsi sini.

kehidupan ana melalui zaman presiden Sdr. Azam.. umi dan ayah ana bergerak dengan ABIM ketika masing-masing masih lagi menuntut di Universiti Putra Malaysia yang dahulunya Universiti Pertanian Malaysia. apa yang menariknya, mereka bergerak dengan aktif sehingga sekarang. mejoriti ahli usrah mereka adalah dari zaman sebelum berkahwin sehinggalah beranak-pinak.. dah jadi macam satu keluarga dah... dari kecik sampai besar ana banyak sekali mengikuti progrm bawah ABIM. usrah remaja, tamrin, camp, sukarelawan ke aceh, sekolah pun pun ana sekolah ABIM. inilah kehidupan ana...

ayah ana bergerak sebagai ahli biasa sehingalah menjawat jawatan sebagai YDP ABIM kedah. berhenti menjadi Pegawai di Ibu pejabat MADA untuk bekerja sepenuhnya dalam bidang dakwah. ayah ana seringkali diperolok-olokkan oleh saudara2nya kerana bekerja dalam bidang yang belum tentu memberi pulangan yang lumayan di dunia. tapi ayah ana tetap dengan bidangnya. dia sering menasihati ana dan adik-adik bahawa rezeki Allah itu ada di mana saja. jangan risau.

dan ana yakin dengan itu. sepanjang tempoh ana diberi nikmat hidup, tidak pernah sekali pun kami sekeluarga lapar, tidak ada makan, tidak cukup pakai, malah lebih dari itu lagi yang kami semua dapat. syukur, Allah itu Maha Pemurah.

sehinggalah pada tahun 2008, berlaku anjakan paradigma dalam kehidupan kami sekeluarga. ayah ana diminta oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya mantan Presiden ABIM untuk bertanding dalam PRU12 baru2 ini. tentangan demi tentangan diterima oleh 'abang2nya'. akhirnya, ayah ana meminta nasihat dari Dato' Sidiq yang dahulunya juga mantan Presiden ABIM. lampu hijau diberikan kepada ayah ana.

ayah ana datang sendiri jumpa dengan ana ketika di kolej. menceritakan hasratnya untuk bertanding. ana sekadar berdiam diri. di dalam hati ana sendiri risau. ana tidak meminta ayah ana untuk bertanding. cuma banyak persoalan2 yang ana pertikaikan. sebagai anak sulung, ana tidak betah duduk sahaja. ana bertanya kenapa perlu berubah profesion? bukankah duduk dalam ABIM dah cukup baik? jawapan yang diberikan bagi ana 70% setuju. tujuan utama ialah meluaskan skop dakwah itu sendiri.

inilah realiti kehidupan yang ana tempuhi. dan ana amat merindui kehidupan semasa ayah ana bergerak sepenuhnya dengan ABIM. sekarang, alhamdulillah, 'abang2nya' dapat menerima bahwa adik mereka sekarang sudah melangkah kehadapan untuk meluaskan skop dakwahnya.

semoga Allah memelihara ayah dimana jua dia berada dan dimana jua lapangan yang dia ceburi...

wallahua'lam..

1 comments:

3p4h said...

Subhanallah... Kecilnya dunia ni.