BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 10, 2008

:: DENGARILAH SAHABATKU SAYANG ::

Sahabat,
Kita di takdirkan berada di atas jalan ini. Jalan yang menuntut satu pengorbanan yang cukup besar. Jalan dimana penuh dengan onak dan duri. Jangan sesekali kita biarkan diri kita karam dengan lautan dunia yang tidak menjanjikan apa-apa melainkan keredhaan Allah semata-mata.

Sahabat,
Percaya atau tidak, tautan ukhwah mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam mengharungi jalan ini. Keramatnya ukhwah melangkaui hubungan darah, kasih sayang kerana Allah. Tonggak kekuatan dalam jamaah. Di gubah dengan acuan akidah. Tidak seorang pun di biar gundah. Andai di takdirkan rebah, seribu bahu menggagah.

Sahabat,
Dengarilah nasihat imam malik kepada imam syafie : “Allah telah mencampakkan kedalam hatimu cahaya. Maka, janganlah kau padamkan cahaya itu dengan maksiat”

Sahabat,
Aku amat menyanyangi kalian sebagaimana yang di tuntut oleh Islam. Aku amat mencintai kalian kerana kalianlah yang sering mengingatkan aku pada Pencipta seluruh alam.

0 comments: