BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 11, 2008

Ya Allah

Ya Allah,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU.

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami Iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami diin cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain engkau sendiri atau menyembah selain dari engkau sendiri.

Ya Allah,
Kembangkanlah naungan rahmatMu kepada kami, keluarga kami dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama yang bersama-sama kami.

Ya Allah,
Janganlah engkau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri, walaupun sekadar masa yang pendek dari itu.

Ya Allah,
Menjelang kini malam ciptaanMu, beredarlah siangMU, inilah keluhan suara dan permintaan dari hambaMu maka oleh itu ampunkan dosaku.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu.

Ya Allah,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah Ya Allaj akan ikatannya.

Ya Allah,
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMua yang sebenar. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.

Ya Allah,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan yang sebenar) tentangMu. Jika engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para shuhada’ dalam perjuangan agamaMu.

Ya Allah,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Oleh itu Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Amin.

0 comments: